Friday, April 11, 2014

Bunga Citra Lestari (BCL) Dedah Rahsia Bikin Ashraf Sinclair Sentiasa Tergoda






Sejak bergelar isteri kepada pelakon kacak Ashraf Sinclair, jarang sekali kita mendengar kontroversi mengenai penyanyi kelahiran Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari.

Malah, rupa-rupanya sudah hampir lima tahun pasangan ini melayari bahtera perkahwinan dan telah pun dikurniakan seorang cahaya mata.

Pasti ramai peminat diluar sana yang tertanya-tanya apa rahsia BCL memikat hati suami dan masih kekal romantis hingga ke hari ini.





Terkini, menerusi laman sosial Twitter miliknya, BCL telah memuat naik status berkongsi rahsianya memikat hati suami kepada peminat-peminatnya.

Mungkin agak janggal bagi seorang wanita untuk berkongsi status begini di laman sosial, tetapi apa salahnya ingin berkongsi rahsia memikat suami bukan?

Katanya, kulit harum, lembut dan menggoda itulah yang membuatkan Ashraf seoalah-olah tidak boleh berenggang dengan dirinya.




Apapun, jangan mudah melatah, rupa-rupanya BCL memuat naik status tersebut bagi mempromosikan satu produk hygene yang melantiknya sebagai duta.





sumber : OhBulan

Hubungan Cinta Bersama Nazim Othman Yang Kembali Pulih Pendorong Bella Dally Untuk Berhijab?



Akhir bulan lalu, kecoh apabila hubungan percintaan antara gadis kacukan ini dengan seorang pelakon kacak, Nazim Othman dikatakan sudah bertemu di penghujungnya.


Enggan mengulas lanjut mengenai kisah peribadi mereka, menerusi sebuah akhbar tempatan, pasangan ini memberitahu bahawa ianya hanyalah salah faham dan hubungan mereka kini kembali pulih.

Malah, lebih mengujakan apabila gadis berusia 22 tahun ini dilihat telah berhijab dalam beberapa keping foto yang dikongsi dalam laman Instagramnya.


Hubungan Cinta Bersama Nazim Othman Yang Kembali Pulih Pendorong Bella Dally Untuk Berhijab? Jika Ya, Kami Sokong!
Bella Dally kelihatan cantik berhijab



Rakan karibnya, Nelydia Senrose juga dilihat memuat naik foto Bella yang sudah berhijab ketika mereka sedang meluangkan masa bersama.

Tidak dapat dinafikan, kecantikan semulajadi yang dimiliki oleh gadis yang berasal dari Sabah ini lebih menyerlah apabila sudah mengenakan hijab.


Hubungan Cinta Bersama Nazim Othman Yang Kembali Pulih Pendorong Bella Dally Untuk Berhijab? Jika Ya, Kami Sokong!
Antara foto yang dimuat naik oleh Bella Dally



Penghijrahan yang dilakukan oleh Bella ini turut mendapat sokongan padu daripada para peminat yang mendoakan agar pelakon itu istiqamah dalam menjalankan kewajipan tersebut.

Diharapkan selepas ini lebih ramai lagi artis wanita yang akan mengikut jejak langkah Bella. Apakay kita lihat beberapa keping foto terbaru si cantik ini!



sumber : OhBulan

Rossa Nafi Dakwaan Bercinta Dengan Kerabat Diraja Malaysia




Diva Pop Indonesia, Datuk Rossa menepis dakwaan beliau kononnya sedang hangat bercinta dengan kerabat dari Malaysia seperti yang digosipkan.

Memetik laporan Harian Metro hari ini, pelantun lagu Ayat-Ayat Cinta ini sebaliknya mengakui beliau kini sedang menjalin cinta dengan seorang ahli perniagaan Indonesia yang berusia lingkungan 40-an.

“Memang kami dalam proses mengenali hati budi tetapi belum ada perancangan untuk berkahwin dalam tempoh terdekat ini. Maklumlah, saya pernah berkahwin sebelum ini dan pasti saya perlu benar-benar bersedia sebelum berumah tangga semula”

“Buat masa ini, fokus saya pada karier seni dan membesarkan anak tunggal, Rizky dengan sebaik mungkin. Apapun, jika ada jodoh, saya juga mengharapkan hubungan kami akan berakhir dengan perkahwinan,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai gosipnya dengan kerabat dari Malaysia itu, Rossa berkata beliau memang berkawan rapat dengan kerabat yang dimaksudkan itu.

“Saya terkejut bila dapat tahu saya digosipkan dengan kerabat berkenaan. Hakikatnya hubungan kami sudah lama rapat sebelum saya berkahwin lagi dan hanya sebagai kenalan baik saja, tidak lebih daripada itu”

“Pada masa sama saya sering menerima undangan persembahan dari pihak istana. Saya juga pernah membuat persembahan undangan daripada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebelum ini,” katanya.

Rossa sebelum ini pernah berkahwin dengan pemain drum kumpulan Padi, Yoyo, namun bercerai pada 14 Julai 2009. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Rizki Langit Ramadhan, 7.



sumber : RotiKaya

Monday, April 7, 2014

Keluarga Isteri Baru Bantu Radhi Pulih Dari Dadah


Nama Radhi OAG atau nama sebenarnya Muhd Radhi Razali memang tidak lekang dari terpalit kontroversi melibatkan najis dadah beberapa tahun lalu.


Namun selepas sekian lama mengalami ketagihan teruk, Radhi mula menyedari kepentingan untuk berubah dan membuat keputusan memasuki pusat pemulihan kelolaan Pengasih pada 2011.

Radhi yang ditemui ketika majlis pernikahan di Shah Alam Jumaat lepas mengakui isterinya, Nur Shahira Ayu Zahiri merupakan salah seorang tunjang utama yang mendorong dirinya untuk berubah.


Sejak mula berkenalan kira-kira empat tahun lalu, Radhi terus bertemu dengan ibu bapa Ayu dan menyampaikan hasrat untuk melamar anak gadis mereka.

Sepanjang tempoh berkenaan, keluarga Ayu berusaha membantu Radhi meninggalkan ketagihannya termasuklah berubat dengan bakal bapa mertuanya pada ketika itu.


Perkara pertama yang saya lakukan adalah bertemu ibu bapa Ayu. Alhamdulillah, lama kelamaan mereka boleh terima saya sepenuhnya. Malah, saya pernah berubat untuk membersihkan diri dari dadah dengan ayah Ayu.

Tapi titik tolak yang membuatkan saya untuk masuk Pengasih adalah disebabkan Ayu. Dia cuma cakap macam ni, ‘You cakap je nak masuk, tapi tak buat pun.’ Lepas tu terus saya tekad untuk berubah.

Ditanya mengenai keistimewaan Ayu yang muda 17 tahun darinya, Radhi memberitahu sifat matang dan tenang pada isterinya itu melengkapi diri mereka.

Otak saya dah banyak yang rosak akibat dadah tapi otak Ayu masih segar dan muda. Senang cerita dia macam backup engine kepada saya. Dia seorang yang tenang dan boleh mendamaikan saya jika sedang tertekan.

Sementara itu, Ayu pula memberitahu dia tidak ingin melalui hidup remaja seperti yang pernah dirasai oleh suaminya walaupun menyedari dirinya masih muda.

Radhi ada juga tanya, ‘You tak nak habiskan usia muda dengan enjoy dulu ke?’. Tapi bagi saya tu tak penting, Radhi dah habiskan masa muda dia dengan gila-gila, cukuplah saya cuma dengar cerita dia dan bayangkan sendiri. Lagipun saya bukan jenis macam tu.

Bila tengok dia terlibat dengan dadah, saya jadikan tauladan dan beritahu kawan-kawan jangan terlibat dengan aktiviti tidak sihat macam tu.


Untuk pengetahuan anda, pasangan ini tidak mempunyai perancangan untuk berbulan madu namun menyimpan hasrat untuk mengerjakan umrah bersama suatu hari nanti jika diizinkan Allah S.W.T.

Mengenai majlis resepsi pula, Radhi menetapkan bulan Disember sebagai perancangan paling lewat untuk mengadakan majlis tersebut namun tidak menolak jika dapat diadakan dalam waktu terdekat selepas Hari Raya Aidilfitri.

Dalam masa yang sama, Radhi memberitahu bekas isterinya mengetahui tentang perkahwinan terbarunya ini dan sempat berpesan agar tidak melupakan tanggungjawab terhadap anak tunggal mereka, Muhammad Rifdhi Muslim yang turut hadir menyaksikan pernikahan bapanya tempoh hari.




via : OhBulan

Sunday, April 6, 2014

Fokus Untuk Cari Penyanyi, Dafi Nafi Emma Maembong Artis Bawah Pengurusan LOL




Nampaknya bintang kelahiran program realiti televisyen, Dafi kini semakin meluaskan langkahnya dalam bidang perniagaan.

Buktinya, syarikat pengurusan Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd (LOL) miliknya kini sudah pun mengikat beberapa nama selebriti terkemuka tanah air seperti Rozita Che Wan, Sherry Ibrahim, Nabila Dally dan yang terbaru penyanyi Sabhi Saddi.

Malah, baru-baru ini timbul pula desas-desus yang mengatakan bahawa pelakon cantik, Emma Maembong juga bakal menyertai LOL sebaik sahaja tamat kontrak dengan pihak pengurusannya kini.


Emma Maembong dikatakan bakal berada di bawah pengurusan Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd (LOL)

Dafi ketika ditemubual di sidang media Elite by Dashing menafikan dakwaan tersebut buat masa ini dan memberitahu bahawa dia turut mengalu-alukan kehadiran Emma untuk berada di bawah LOL di masa akan datang.


“Emma memang ada menghubungi pihak kami untuk buat pertanyaan. Namun, tiada perbincangan lanjut dilakukan bersama dengan dia.

Kami tidak menolak sekiranya pihak Emma serius untuk berada bawah pengurusan LOL dan jika berita ini menjadi kenyataan, pasti kami sudah buat pengumuman kepada orang ramai.”

Dafi memberitahu bahawa dia kini lebih mementingkan kualiti daripada kuantiti artis untuk berada di bawah pengurusan LOL.

Kenyataan itu turut disokong oleh pengurusnya, Afiq yang turut menambah bahawa LOL kini sedang mencari penyanyi wanita untuk berada di bawah pengurusan mereka.

Dalam perkembangan terbaru, Dafi kini bakal memulakan latihan untuk pementasan teater ‘Di Bawah Lindungan Kaabah yang dijadualkan akan berlangsung di Istana Budaya pada 9 hingga 18 Mei depan.

Dalam teater adaptasi novel karya Allahyarham Prof. Hamka tersebut, Dafi bakal membawakan watak sebagai Salleh sewaktu remaja yang merupakan sahabat baik kepada Hamid (lakonan Adi Putra).




via : OhBulan

Tak Pernah Putus Dengan Kekasih Sekarang, Adira Akui Hubungan Dengan Lana Nodin Baik-Baik Sahaja

Percintaan antara penyanyi berkulit putih melepak, Adira Suhaimi dengan pengerusi Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia, Shahrul Nasrun bukanlah satu perkara baru.


Malah mereka berdua pernah dikatakan kononnya akan bertunang dan seterusnya mendirikan rumah tangga tak lama lagi. Namun, empunya badan menolak dakwaan tersebut dan menganggapnya sebagai khabar angin sahaja.

Bagaimanapun, sebelum ini tersebar dakwaan mereka berpisah kerana Adira telah memadam beberapa keping foto kekasihnya itu dari laman Instagram miliknya. Lebih menghairankan apabila hubungan mereka dikatakan putus disebabkan orang ketiga iaitu pelakon sensasi, Lana Nodin.


Foto Adira dan Shahrul

Namun, Adira ketika ditemui di sidang media Konsert Stanza Cinta di Istana Budaya menolak dakwaan tersebut dan mengakui rasa pelik dengan gosip yang tersebar.


Hubungan saya dan Shahrul okay sahaja. Bila keluar berita ini, saya pun pelik. Sebenarnya, saya padam gambar dia bukan kerana putus cinta tetapi untuk mengelakkan dari peminat yang memberikan komen negatif di Instagram saya

Mengenai hubungan saya dan Lana, kami baik-baik sahaja. Malah, kami pernah berjumpa sekali dalam sebuah majlis dan masih bertegur seperti biasa.

Dalam pada itu, Adira turut mengakui dia mempunyai perancangan untuk membawa hubungan cinta ini keperingkat seterusnya, tetapi masih belum pasti bila masanya.


Kami memang ada perancangan, cuma masih belum tahu bila. Saya sendiri tiada target untuk itu, tetapi apa yang boleh saya katakan, InsyaAllah saya akan tamatkan zaman bujang sebelum usia 30.

Ditanya sama ada dia selesa bekerja dengan bekas kekasihnya, Hafiz, Adira berkata mereka tiada masalah untuk bekerjasama dan selesa bekerja kerana sikap Hafiz yang professional, malah, kekasihnya juga tiada masalah jika Adira digandingkan dengan Hafiz.


Antara kami sudah tiada apa-apa. Saya gembira bekerja dengan Hafiz kerana dia sangat professional dan apa yang kami buat diatas pentas adalah atas dasar kerja. Tidak lebih dari itu.

Shahrul okay saja. Tiada perasaan cemburu pun padanya kerana dia seorang yang memahami dan sentiasa sokong saya.



Nampaknya, penyanyi berkulit putih melepak ini semakin serius mengenai hubungan cintanya kali ini. Kami doakan yang terbaik buat adira dan semoga Adira cepat-cepat ke jinjang pelamin.

Dalam perkembangan terbaru, Adira bakal muncul dengan album sulungnya pada 29 Mei ini dan bakal beraksi dalam Konsert Stanza Cinta bersama beberapa artis ternama tanah air seperti Amy Search, Jaclyn Victor, Noh Hujan, dan Haziq.




via : OhBulan

Betul Ke Lagu Dark Horse Katy Perry Ciplak Lagu Nike Ardilla?



Komposer Indonesia Yuke NS mendakwa lagu nyanyian Katy Perry berjudul Dark Horse mempunyai melodi yang hampir sama dengan lagu ciptaanya berjudul Tinggallah Ku sendiri yang dinyanyikan oleh Allahyarham Nike Ardilla. Portal DetikHot.com melaporkan, Yuke memberitahu, kedua-dua lagu berkenaan mempunyai persamaan ketara pada bahagian intronya.



“Saya cuba teliti lagu Dark Horse mempunyai persamaan pada bahagian intro dan saya sangat pasti mereka mengambil melodi yang sama untuk lagu nyanyian Katy Perry itu.”

Katy Perry diberi tempoh sebulan untuk memberi penjelasan terhadap dakwaan menciplak lagu tersebut. Bagaimanapun, Yuke berkata dia tidak pasti sama ada Katy Perry sengaja menciplak karya itu atau ia hanya secara kebetulan. Lagu Katy berjudul Dark Horse dikatakan mempunyai persamaan dengan lagu Tinggallah Ku Sendiri nyanyian Nike Ardilla.

Pihaknya telah menghantar surat teguran dan meminta penjelasan daripada penyanyi itu dalam tempoh sebulan.


“Kami memberi tempoh satu bulan kepada pihak pengurusan Katy Perry untuk memberi penjelasan dan jika tiada apa-apa tindakan kami akan beri surat teguran kepada pihak pengurusan penyanyi itu di Indonesia.”

Tambah Yuke, protes itu dilakukan berikutan lagu tersebut akan dinyanyikan semula oleh kumpulan baharu, Moza.


“Lagu ini kita akan memberi nafas baru dan akan dinyanyikan semula oleh kumpulan Moza, tapi saya bimbang orang ramai akan mempertikaikan keaslian lagu ini dan mendakwa kami meniru lagu Katy Perry. Sebab itulah kami mahu permasalahan ini selesai.”

Untuk membandingkan benar atau tidak lagu Lagu Nike Ardilla diciplak atau tidak, anda boleh bandingkan sendiri. Di atas adalah lagu Dark Horse dari Katy Perry dan di bawah ialah lagu Tinggallah Ku sendiri. Amacam sama tak?



Via : Budiey

Disebabkan Nama Dan Gambar, Rozita Che Wan Mengalami Kerugian Dekat Setengah Juta



Aktres jelita Rozita Che Wan terpaksa menanggung kerugian hampir RM500,000 gara-gara nama dan gambarnya digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab secara tidak sah dalam mempromosikan produk kecantikan untuk bertujuan melariskan produk mereka.

Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta juga kesal kerana satu jenama kesuburan juga mendakwa dirinya mengandung kerana memakan produk tersebut. Bahkan gambarnya juga turut digunaka dalam satu lagi jenama produk kecantikan payudara.



Demi membersihkan namanya, Che yang kini hamil 3 bulan telah mengambil tidakan undang-undang dan memberi notis kepada syarikat produk berkenaan dan memaklumkan bahawa sebelum ini dia sudah memberi amaran kepada syarikat tersebut agar menurunkan gambarnya namun tiada sebarang tindakan diambil oleh syarikat itu.

“Ini bukan kali pertama nama dan gambar saya dipergunakan. Saya sudah mengetahui perkara ini sejak tiga bulan lalu. Sehinggalah pada Isnin lalu seorang individu menghantar WhatsApp kepada saya bertanyakan tentang keberkesanan produk ini. Saya terkejut.

“Padahal saya tidak tahu menahu pun tentang produk itu. Saya tak mahu jadi bodoh. Jadi saya rasa saya harus bersihkan nama saya dan tidak mahu pihak yang tidak bertanggungjawab ini terus menggunakan nama saya tanpa kebenaran.

“Sebelum ini pihak ada ada menghubungi agen produk berkenaan dan meminta supaya mereka menurunkan gambar saya tetapi pihak berkenaan tidak berbuat demikian. Saya juga ada memberi komen di laman Instagram mengatakan saya tidak mengunakan produk itu.

“Saya minta secara baik tetapi mereka tidak peduli. Jadi saya terpaksa menghantar notis tuntutan. Lagipun disebabkan hal ini, sebuah syarikat produk kecantikan terpaksa menangguhkan hasrat saya untuk mengambil saya sebagai duta mereka.

“Disebabkan itu juga saya kerugian lebih kurang RM500,000,” kata Che Ta pada sidang media khas yang diadakan di Flora Cafe, Ampang Walk, pada Jumaat.

PRODUK KECANTIKAN SEKARANG MEMANG MELAMPAU. GUNA GAMBAR SELEBRITI DEMI LARISKAN PRODUK.




Via : OhArtis

[9 GAMBAR] Majlis Pernikahan Komposer Julfekar Dengan Penyanyi Min Yasmin



Pada pukul 3.40 petang semalam, komposer Julfekar Ahmad Shah, 49, telah selamat bergelar suami kepada penyanyi Min Yasmin, atau nama sebenarnya Nurul Yasmin Abdul Aziz, 26, dalam satu majlis ringkas di Masjid Kota Damansara.

Mengenakan sut dan baju kurung serba putih, majlis ini dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan rapat pasangan. Gambar-gambar yang cantik ini ialah hasil bidikan jurugambar rasmi, Mohd Red dari REDPhotography.


Lagi lapan gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.











Via : BeautifulNara


Tak Persoal Periuk Nasi Orang Lain, Amy Search Mahu Peminat Minta Kebenaran Sebelum Beriklan



Baru-baru ini, timbul isu peminat mempertikai tindakan penyanyi lagenda rock negara, Amy Search memuat naik sekeping foto ‘Maaf, Saya Terpaksa Block’ dan seolah-olah meminta orang ramai menghormati laman Instagram miliknya.

Baca Ini Juga : Jenis Seluar Jeans baru yang boleh menyejukkan badan jika dipakai dalam cuaca panas terik?

Susulan itu, ramai peminat Amy mempersoalkan caption

foto tersebut dan mendakwa tindakannya itu mengganggu punca rezeki peminatnya.

Bagaimanapun, Amy ketika ditemui di sidang media Konsert Stanza Cinta di Istana Budaya menjelaskan dia hanya memuat naik semula foto milik rakannya yang melahirkan rasa kurang senang terhadap pihak tertentu.



Amy berkata, dia tiada niat untuk menutup periuk nasi orang lain, tetapi mengakui lambakan iklan di laman Istagram, sedikit sebanyak membuatkan dia rimas.

Saya repost balik apa yang rakan saya post. Tak kisahlah orang nak marah, sebab saya sendiri cuba support perniagaan mereka. Tetapi jangan la sampai annoying sangat.

Nak beriklan boleh, tetapi sekurang-kurangnya mintalah kebenaran. Mereka harus hormat laman sosial orang lain.

Tambahnya, dia tidak kesal dimarahi peminat kerana dia turut mengalami situasi yang sama dan bersetuju dengan status rakannya itu.

Jika orang lain berbuat demikian dilaman sosial milik mereka, pasti mereka tak suka juga. Apapun, mintalah izin dulu, itu lebih bagus.

Dalam perkembangan terbaru, selain bakal menjayakan Konsert Stanza Cinta, penyanyi lagenda kesayangan ramai ini sedang sibuk merakamlan lagu bagi album solo terbaru yang bakal dipasarkan selepas Raya Aidilfitri nanti.




via : OhBulan