Sunday, April 6, 2014

Disebabkan Nama Dan Gambar, Rozita Che Wan Mengalami Kerugian Dekat Setengah Juta



Aktres jelita Rozita Che Wan terpaksa menanggung kerugian hampir RM500,000 gara-gara nama dan gambarnya digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab secara tidak sah dalam mempromosikan produk kecantikan untuk bertujuan melariskan produk mereka.

Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta juga kesal kerana satu jenama kesuburan juga mendakwa dirinya mengandung kerana memakan produk tersebut. Bahkan gambarnya juga turut digunaka dalam satu lagi jenama produk kecantikan payudara.



Demi membersihkan namanya, Che yang kini hamil 3 bulan telah mengambil tidakan undang-undang dan memberi notis kepada syarikat produk berkenaan dan memaklumkan bahawa sebelum ini dia sudah memberi amaran kepada syarikat tersebut agar menurunkan gambarnya namun tiada sebarang tindakan diambil oleh syarikat itu.

“Ini bukan kali pertama nama dan gambar saya dipergunakan. Saya sudah mengetahui perkara ini sejak tiga bulan lalu. Sehinggalah pada Isnin lalu seorang individu menghantar WhatsApp kepada saya bertanyakan tentang keberkesanan produk ini. Saya terkejut.

“Padahal saya tidak tahu menahu pun tentang produk itu. Saya tak mahu jadi bodoh. Jadi saya rasa saya harus bersihkan nama saya dan tidak mahu pihak yang tidak bertanggungjawab ini terus menggunakan nama saya tanpa kebenaran.

“Sebelum ini pihak ada ada menghubungi agen produk berkenaan dan meminta supaya mereka menurunkan gambar saya tetapi pihak berkenaan tidak berbuat demikian. Saya juga ada memberi komen di laman Instagram mengatakan saya tidak mengunakan produk itu.

“Saya minta secara baik tetapi mereka tidak peduli. Jadi saya terpaksa menghantar notis tuntutan. Lagipun disebabkan hal ini, sebuah syarikat produk kecantikan terpaksa menangguhkan hasrat saya untuk mengambil saya sebagai duta mereka.

“Disebabkan itu juga saya kerugian lebih kurang RM500,000,” kata Che Ta pada sidang media khas yang diadakan di Flora Cafe, Ampang Walk, pada Jumaat.

PRODUK KECANTIKAN SEKARANG MEMANG MELAMPAU. GUNA GAMBAR SELEBRITI DEMI LARISKAN PRODUK.




Via : OhArtis

No comments:

Post a Comment